Thursday 14 April 2016

catatan internship

Assalamualaikum readers,

Hari ini hari keempat minggu ke 8, Alhamdulillah, diberi peluang menghadiri ceramah sempena Hari Polis ke 209, hari polisnya daha lama berlalu namun sambutannya masih ada lagi. Jadi apakah tajuk cerama tersebut....jeng jeng jeng....

"Iktibar Dalam Musibah". Bercakap mengenai musibah, saya percaya setiap orang pernah melaluinya sama ada musibah itu kecil atau besar. Jadi apa yang nak dikongsikan sebenarnya ni? Oh lupa pula nak cakap siapa penceramahnya, hik3, pernceramahnya ialah : Ust. Mohammed Hanafiah bin Abd Malek.

Kita pergi kepada definisi iktibar terlebih dahulu iaitu, hikmah atau pengajaran, manakala musibah adalah bukti tanda sayang Allah kepada hamba-Nya. Apa yang perlu dilakukan jika dilanda musibah?


  • beri masa kepada diri untuk berduka cita, Setelah cukup tempoh masa, teruskan hidup jangan menoleh perkara yang lepas kerana janji Allah, dalam surah Al-Sharh, ayat ke 5 & 6, Indeed, with hardship, will be ease. jadi mengapa mengeluh jika musibah itu sendiri datangnya dari Allah. Allah tidak menguji jika hamba-Nya tidak mampu.
  • bersyukur dengan mengucapkan Alhamdulillah. Jika nikmat yang diberikan oleh Allah kita mampu bersyukur mengapa apabila dilanda musibah kita tidak bersyukur, sedangkan kedua-duanya datang dari Pencipta yang sama. 

Aku pernah kehilangan insan yang rapat dalam diri iaitu Atuk. Atuk pergi pada bulan Ramdhan tahun lalu, hari isnin. Aku balik ke semenanjung hari Sabtu sebelumnya. Namun atas beberapa hal, aku tidak berkesempatan balik ke Klang untuk berjumpa. Hajat diri ini tidak kesampaiaan untuk berjumpa kali terakhir. Pernah menyalahkan diri, kenapa tak balik, kenapa Allah tak tunggu aku pulang baru ambil nyawa. Namun, kenapa itu tidak akan mengembalikan atuk, redha apabila melihat wajah nenek yang tenang. Hanya gambar yang setia menemani. Atuk maafkan kak lang atas segala-galanya.

Seminggu yang lepas, aku telah kehilangan anak buah yang baru  12 hari lahir. Kelahirannya sangat-sangat dinantikan, sampaikan berhajat untuk pergi ke Sarawak melihatnya. Namun Allah lebih sayang, dipinjamkan selama 12 hari dan diambil balik agar Allah menjaganya dengan lebih baik. Puteri Arissa Zahirah, mak lang bersyukur awak kembali kepada Pencipta- Nya, tinggal elok-elok sayang disyurga sana, kita jumpa di syurga, okay sayang. Mak lang loves you so much.


  • kembali kepada Allah. ayat ke 6, surah al-fatihah, Tunjukkan kami jalan yang lurus. Bila kita gembirakan Allah, Allah akan gembirakan kita lebih lagi.

Sebenarnya banyak lagi yang nak dikongsikan, jika ada kesempatan akan menulis lagi.
Jumpa lagi readers, Assalamualaikum.

p/s: minta tolong doakan perjalanan Internship saya berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment