Thursday 1 December 2016

Hari Jubah UNIMAS

Assalamualaikum readers, apa khabar semua???semoga anda sihat semuanya

Alhamdulillah 14.11.2016 tarikh bersejarah, berjaya bergraduat pada masanya bak orang GOT, "Grad On Time". So, nak cerita pengalaman 4 tahun bergelajar pelajar kaunseling ke atau cerita hari jubah?kita cerita hari jubah dahula la, nak cerita pengalaman 4 tahun lama sangat nanti dan panjang pula.

Konvo kali ini nenek berpeluang untuk mengikuti dan memasuki dewan, alhamdulillah,nenek jalan-jalan Sarawak yo..Tapi tu la, perjalanan 5 hari 4 malam di bumi kenyalang terlalu pack, tak sempat nak jumpa semua orang, mungkin petanda suruh kembali...hahhaha

So mari mengembara dengan melihat gambar


Ayah park his car at Putrajaya so, we took the train to go to KLIA.


As usual, Malaysia Airlines is the best.


So, sampai sahaja di bumi kenyalang, selesaikan homestay, terus pecut pergi UNIMAS, settlekan hal fail. Hingga ke Maghrib juga bertapa di bilik Puan Salmah.Terima kasih puan sudi layan saya.

Hari sabtu dihabiskan dengan interview lesen oleh Lembaga, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
P/s: jangan lupa hantar transkrip

Dan sementara itu, ibu habiskan masa dengan berjalan...





So ahad, pergi shopping which is the main mission..hahahha, singgah sebentar di Tasik Biru





Finally 14.11.2016 is the day








                     








Orang kata pasangan yang berlawanan melengkapi antara satu sama lain, dan ya mereka melengkapi saya, Terima kasih ayah kerana menjadi sumber kewangan, pemberi nasihat dan ibu tukang bekal makanan balik Sarawak dan pembakar semangat. Sesungguhnya ijazah ini untuk kalian berdua.



 My support system. I wish atuk and adik be in this picture.
Alfatihah atuk. Jangan risau, sekarang kak lang akan jaga nenek.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu saya sepanjang perjalanan 4 tahun ini. Jasa anda saya kenang hingga ke akhir hayat. Kepada yang tidak dapat berjumpa, ada rezeki jika bukan di UNIMAS, di tempat lain In Shaa Allah..



 Terima kasih para pensyarah, Saya sayang kalian, kalian juga berada dihati saya..


Madam Nora said, saya ayu, dan saya terharu..hahhaha
Me with Puan Salmah, Dr Mazlina, dan Dr, Azzahrah. My supervisor for Internship and Final Year Project. The toughest courses for me.



Short photo shoot sebelum pulang jubah, tq qila


Semoga ketemu kembali bumi Kenyalang.


Lastly, here is the link 47 out of 49 counselling graduates..Credit to Puan Salmah for this video...

Doakan seorang Syahira rajin untuk menulis ceritera sepanjang 4 tahun belajar Kaunseling

p/s: sijil ijazah saya dah dapat, sijil nikah kita bila awak nak serahkan ☺

Thursday 14 April 2016

catatan internship

Assalamualaikum readers,

Hari ini hari keempat minggu ke 8, Alhamdulillah, diberi peluang menghadiri ceramah sempena Hari Polis ke 209, hari polisnya daha lama berlalu namun sambutannya masih ada lagi. Jadi apakah tajuk cerama tersebut....jeng jeng jeng....

"Iktibar Dalam Musibah". Bercakap mengenai musibah, saya percaya setiap orang pernah melaluinya sama ada musibah itu kecil atau besar. Jadi apa yang nak dikongsikan sebenarnya ni? Oh lupa pula nak cakap siapa penceramahnya, hik3, pernceramahnya ialah : Ust. Mohammed Hanafiah bin Abd Malek.

Kita pergi kepada definisi iktibar terlebih dahulu iaitu, hikmah atau pengajaran, manakala musibah adalah bukti tanda sayang Allah kepada hamba-Nya. Apa yang perlu dilakukan jika dilanda musibah?


  • beri masa kepada diri untuk berduka cita, Setelah cukup tempoh masa, teruskan hidup jangan menoleh perkara yang lepas kerana janji Allah, dalam surah Al-Sharh, ayat ke 5 & 6, Indeed, with hardship, will be ease. jadi mengapa mengeluh jika musibah itu sendiri datangnya dari Allah. Allah tidak menguji jika hamba-Nya tidak mampu.
  • bersyukur dengan mengucapkan Alhamdulillah. Jika nikmat yang diberikan oleh Allah kita mampu bersyukur mengapa apabila dilanda musibah kita tidak bersyukur, sedangkan kedua-duanya datang dari Pencipta yang sama. 

Aku pernah kehilangan insan yang rapat dalam diri iaitu Atuk. Atuk pergi pada bulan Ramdhan tahun lalu, hari isnin. Aku balik ke semenanjung hari Sabtu sebelumnya. Namun atas beberapa hal, aku tidak berkesempatan balik ke Klang untuk berjumpa. Hajat diri ini tidak kesampaiaan untuk berjumpa kali terakhir. Pernah menyalahkan diri, kenapa tak balik, kenapa Allah tak tunggu aku pulang baru ambil nyawa. Namun, kenapa itu tidak akan mengembalikan atuk, redha apabila melihat wajah nenek yang tenang. Hanya gambar yang setia menemani. Atuk maafkan kak lang atas segala-galanya.

Seminggu yang lepas, aku telah kehilangan anak buah yang baru  12 hari lahir. Kelahirannya sangat-sangat dinantikan, sampaikan berhajat untuk pergi ke Sarawak melihatnya. Namun Allah lebih sayang, dipinjamkan selama 12 hari dan diambil balik agar Allah menjaganya dengan lebih baik. Puteri Arissa Zahirah, mak lang bersyukur awak kembali kepada Pencipta- Nya, tinggal elok-elok sayang disyurga sana, kita jumpa di syurga, okay sayang. Mak lang loves you so much.


  • kembali kepada Allah. ayat ke 6, surah al-fatihah, Tunjukkan kami jalan yang lurus. Bila kita gembirakan Allah, Allah akan gembirakan kita lebih lagi.

Sebenarnya banyak lagi yang nak dikongsikan, jika ada kesempatan akan menulis lagi.
Jumpa lagi readers, Assalamualaikum.

p/s: minta tolong doakan perjalanan Internship saya berjalan dengan lancar.