Wednesday 14 February 2018

Personaliti _ Anda yang mana satu ?

Assalamualaikum hai readers.

Pertama sekali, ini hanyalah entri yang aku kira hanya sementara sahaja, sebab bagi aku ini hanyalah suka-suka dan aku tidak layak lagi untuk menulis mengenainya. Segala maklumat yang aku kongsi sini adalah hasil pencarian di laman Google.

Jadi kembali kepada tajuk, personaliti dan cara duduk, apa kaitan? Ceritanya bermula dengan gambar ini




Kali pertama aku lihat gambar ni, aku rasa macam menarik sebab anda boleh lihat pelbagai jenis atau cara duduk di barisan hadapan. Walaupun ini adalah posisi untuk bergambar namun sedikit sebanyak menyumbang kepada bagaimana personaliti itu sendiri.

Jadi, mari lihat hasil kajian  / hasil goggle yang telah dibuat. Kita mulakan dari kiri ke kanan:

a)Posisi lutut bertemu (individu A)

Personaliti yang boleh dikaitan dengan gaya duduk ini adalah, seorang yang kreatif serta menarik dan kadang-kala sedikit keanak-anakan. Mereka boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran dan tidak membosankan. Kadang-kala mereka sering menetapkan tujuan atau standard yang tinggi dan berusaha untuk mencapainya. Mereka juga sering kali bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.

b) Posisi lutut rapat, kaki condong *andaian (individu B)
Seorang yang tidak tergesa-gesa,relaks dan percaya segalanya akan hadir pada masanya. Tidak berputus asa dalam mencapai matlamat serta mementingkan penampilan luaran.

c) Posisi duduk tegak  /  lutut bertemu * andaian (individu C & D)

Seorang yang digambarkan senang bergaul dan mempunyai banyak teman. Mudah didekati namun sukar memahami cara pemikiran mereka, mereka juga sukakan suasana yang bising dan riuh.
Individu cara duduk ini juga tidak suka pada kelewatan dan kelam kabut.

d) Posisi duduk silang kaki pergelangan kaki ( individu E)

Individu ini dikatakan mempunyai personaliti yang elegan dan memiliki keperibadian yang halus. Individu ini bersifat terbuka dan merendah diri.

e) Posisi terbuka (individu F)

Cara duduk ini menggambarkan individu ini seorang yang mementingkan keselesaan dan tidak berfikiran terburu-buru. Individu ini akan mengambil keputusan dengan berhati-hati dan memikirkannya berhari-hari kerana inginkan kesempurnaan dan berjalan lancar. Individu ini pandai mengatur perjalan hidupnya.

Selesai dengan cara duduk kita teruskan dengan posisi tangan...Haa jangan main-main, semua ini boleh dikaji dan kali ini kita kaitkan dengan kepimpinan. Jika pembaca teliti kita dapat lihat terdapat 3 jenis posisi tangan di dalam gambar, sila abaikan posisi tangan individu D, kerana beliau memegang objek.

Mulakan dengan  posisi tangan individu A dan F, mereka meletakkan tangan diantara kaki (hand wedged between legs). Individu ini digambarkan seorang yang sensitifdan peramah. Mereka tidak mengabaikan masalah orang lain dan sering menghulurkan bantuan dalam kadar yang cepat.

Bagi posisi tangan individu B & C, posisi ini dinamakan hands on knees, tangan atas lutut. Ini merupakan ciri-ciri yang jelas bagi seorang pemimpin. Mereka percaya pada diri dan tidak taku dalam mengambil keputusan. Seorang yang akan bertindak pantas dalam menyelesaikan masalah yang datang.

Posisi tangan yang terakhir adalah hands locked together, seorang yang ekspresif dan terbuka serta mudah mesra. Seorang yang pemikir positif yang mampu mempengaruhi orang lain dan sentiasa memberi inspirasi kepada orang lain. Walaubagaimana pun posisi ini juga boleh dianggap sebagai perlidungan kepada diri ketika berhadapan dengan suasana baru.

Nota kaki :

Penjelasan bagi personaliti ini adalah diambil dari sumber internet dan diolah sedikit oleh penulis. Ianya tidak boleh digunakan dalam semua keadaan kerana gambar yang dianalisis merupakan posisi ketika bergambar. Maka personaliti yang dikaitkan atau diceritakan mengenai individu mungkin benar dan mungkin tidak. Ini kerana, ia mungkin dipengaruhi cara atau style ketika bergambar / pose.